KUNJUNGAN MUHIBAH KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG OLEH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
GAMBANG, 18 Mei 2022 - Perbincangan dan Perjalinan usahasama antara Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang dan Universiti Malaysia Pahang.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang menjalankan satu kunjungan muhibbah ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertempat di bilik mesyuarat Pusat Kecerdasan Buatan dan Sains Data Universiti Malaysia Pahang.
Kunjungan hormat ini dihadiri oleh tiga anggota Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang (DOSM Pahang) iaitu ; Encik Khairolnizam bin Hassan (Pengarah DOSM Pahang), Puan Hazrinie binti Husin (Perangkawan) dan Puan Khairiyah binti Mokhtar (Perangkawan).
Sehubungan itu, kunjungan ini disambut oleh lima anggota Universiti Malaysia Pahang iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Rashid bin Ab Hamid (Professor UMP), Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Noordin (Professor Madya UMP), Dr. Noryanti binti Muhammad (Pengarah Pusat Kecerdasan Buatan & Sains Data UMP), Dr. Ku Muhammad Na'im bin Ku Khalif (Pensyarah UMP) dan Ts. Dr. Suryanti binti Awang (Pensyarah UMP).
Kunjungan ini diteruskan dengan pemakluman dan perkenalan secara rasmi mengenai pelantikan Tuan Pengarah, Encik Khairolnizam bin Hassan sebagai Pengarah DOSM Pahang.
Selepas itu, perbincangan mengenai penganjuran forum statistik sempena Program Jelajah Parlimen dan Dun Bersama IPTA yang dijadualkan pada 15 Jun 2022 melalui kerjasama antara DOSM Pahang dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Kunjungan ini juga bertujuan untuk menjalinkan usahasama bersama Universiti Malaysia Pahang dalam kepakaran penghasilan aplikasi statistik negeri dan daerah bagi Negeri Pahang untuk kegunaan masyarakat disamping mengukuhkan kerjasama yang telah tersedia terjalin antara DOSM dan UMP melalui memorandum persefahaman (MOU) yang telah dipersetujui bersama DOSM dan UMP.
Sekitar jam 4.30 petang, perbicangan dan kunjungan muhibbah ini disudahi dengan sesi pemberian cenderahati oleh Pengarah DOSM Pahang kepada Pengarah Pusat Kecerdasan Buatan dan Sains Data Universiti Malaysia Pahang yang diikuti oleh sesi bergambar.