PELANCARAN SISTEM MYWALET

PELANCARAN SISTEM MYWALET

12 Ogos 2022 | MAEPS Serdang - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini melancarkan Sistem MyWalet dalam menjamin mutu kualiti serta keselamatan produk sarang burung walet untuk mencapai standard unggul ke peringkat dunia.

Sistem MyWalet ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi Blockchain (rantaian blok) Blockchain merupakan satu cara untuk menyimpan dan merekod maklumat yang menggunakan lejar elektronik iaitu aliran kawalan rekod yang selamat dari ubahan yang tidak sah. Teknologi ini dikenali sebagai “decentralized system” dan “open ledger system”.

Melalui teknologi blockchain ini berjaya menghasilkan satu sistem kebolehjejakan bagi memudahkan semua pemegang taruh dalam perusahaan sarang burung walet menjejak setiap transaksi dan aktiviti masing-masing.

Malahan Sistem MyWalet ini juga berupaya merekod setiap entiti dan operasi serta maklumat yang terlibat dalam pemrosesan sarang burung Walet bermula daripada proses terawal iaitu pengumpulan sarang burung di rumah burung, penghantaran ke kilang pembersihan, pembungkusan dan sehinggalah ke proses terakhir untuk dieksport ke Negara China.

Sistem ini dibangunkan hasil perundingan yang telah dijalankan oleh pasukan penyelidik UMP yang diketuai oleh Prof Madya Dr Mohd Ridzuan Darun di bawah kelolaan Pusat Pembangunan Perisian & Perkomputeran Bersepadu yang kini dikenali sebagai Pusat Kecerdasan Buatan & Sains Data, UMP.

Majlis dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Akmal Ngah Hamid dan Naib Canselor UMP, Prof. Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin dalam Majlis yang berlangsung di MAEP Serdang.

#duadekadUMP
#TeknologiUntukMasyarakat
#UMPSharing

Kementerian Pengajian Tinggi

Foto oleh Khairu Aidilnishah Rizan

 

 

 


Print   Email