LATIHAN PRAKTIKAL PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET ZON UTARA
GEORGETOWN, 11 Mei – Latihan Praktikal Penggunaan Aplikasi Sistem Blockchain Mywalet Zon Utara.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dengan kerjasama Pusat Kecerdasan Buatan dan Sains Data, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Latihan Praktikal Penggunaan Aplikasi Sistem Blockchain Mywalet Zon Utara selama 2 hari bertempat di Cititel Penang, Pulau Pinang.
Program dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah DVS Negeri.
Selepas itu, penerangan aplikasi Sistem Blockchain MyWalet oleh Profesor Madya Dr. Mohamed Ariff bin Ameedeen dari Universiti Malaysia Pahang.
Manakala Puan Nasuha dari Pusat Kecerdasan Buatan dan Sains Data bertindak sebagai tenaga pengajar dalam membentangkan Demo Aplikasi Sistem Blockchain MyWalet.
Dalam pembentangan demo tersebut, Puan Nasuha memberi penjelasan termasuk Pendaftaran Bird House, Pendaftaran cave collection center, Pendaftaran middleman, Pendaftaran Trader, Pendaftaran Primary Processing Establishment, Pendaftaran Processing Center dan Pendaftaran Exporter yang juga membantu para hadirin untuk memahami penggunaan Aplikasi Sistem Blockchain MyWalet dengan lebih terperinci.
Turut berlangsung aktiviti praktikal bagi Aplikasi Sistem Blockchain MyWalet pada jam 2 petang sehingga 3.30 petang.
Justeru itu, akitiviti praktikal diteruskan pada 12 Mei 2022 dari jam 8 pagi sehingga 1 petang.